Monday 1 August 2011

PENDAHULUAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta ahli keluarga dan para sahabat sekalian. Terlebih dahulu saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya berpeluang untuk menulis tentang surau Al-Ittihad yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Sebagai permulaan atau muqadimmah, ingin saya nyatakan apa itu definisi surau. Surau adalah tempat khusus bagi menunaikan ibadah seperti solat dan I’tikaf bagi umat islam. Ia juga dijadikan sebagai  pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah islamiah. Di surau ini jugalah menjadi tempat umat islam berkumpul dan mengadakan aktiviti bagi umat islam setempat. Visi surau ini adalah agar surau al-Ittihad menjadi surau yang mesra dengan semua golongan. Sokongan yang istiqamah dari umat islam setempat diharapkan agar dapat merialisasikan visi dalam memakmurkan surau ini.


Maksud firman Allah SWT dalam Al-Quran,

“hanyalah yang memakmurkan rumah-rumah Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”  Surah At-Taubah ayat 18.

AKTIVITI-AKTIVITI

Surau Al-Ittihad merupakan antara surau yang aktif menjalankan kegiatan-kegiatan ataupun aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk setempat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di surau Al-Ittihad. Antara aktiviti utama adalah dengan mengadakan ceramah. Kebanyakan ceramah disampaikan oleh penceramah luar atau jemputan.

kelas mengaji turut diadakan khusus untuk anak-anak kecil yang ingin belajar membaca Al-Quran. Malah surau Al-Ittihad juga mengadakan kelas tajwid bagi orang-orang dewasa yang mana kelas tersebut dijalankan selepas selesai solat isyak pada hari-hari yang ditentukan mengikut jadual yang telah disediakan. Kelas-kelas ini tidak dikenakan sebarang bayaran yang khusus, ianya terpulang kepada individu tersebut untuk menyumbang mengikut keikhlasan hati.

selain itu, apabila menjelang perayaan-perayaan yang berkaitan dengan agama, surau ini tidak terlepas dari untuk meraikannya. contohnya seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan yang seumpamanya. pada Hari Raya Aidiladha, surau Al-Ittihad akan mengumpul semua AJK-AJK surau terutamanya bagi menjalankan aktiviti korban atau penyembelihan. manakala pada Hari Raya Aidilfitri, rumah terbuka akan diadakan untuk penduduk sekitar.

seperti surau-surau yang lain, sempena bulan mulia iaitu bulan Ramadhan, kita umat islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah. oleh itu surau ini turut mengadakan solat sunat terawih, qiammulail, dan tadarus Al-Quran. bukan itu sahaja, penduduk disekitar akan berkumpul pada bulan ramadhan untuk menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat. aktiviti ini dijalankan secara gotong-royong.


Solat itu adalah tiang agama(islam). maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama.

LATAR BELAKANG

Terletak di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor. Surau ini dikelilingi kawasan perumahan dan berhadapan dengan taman permainan kanak-kanak. Surau Al-Ittihad mempunyai keluasan 60 kaki x 50 kaki. Manakala keluasan kawasan keseluruhannya adalah 120 kaki x 150 kaki. Dengan keluasan ini, ia mampu untuk menampung jemaah yang hadir dan dapat digunakan dengan selesa hingga ke hari ini.

Ubah suai yang dilakukan pada beberapa tahun yang lepas dengan dilengkapi penghawa dingin dan fasaliti asas yang lengkap membolehkan jemaah menunaikan ibadah dalam keadaan yang selesa. Kebersihan dalaman dan luaran serta keselamatan surau dan jemaah dijaga oleh AJK-AJK yang telah dilantik.

AHLI JAWATANKUASA SURAU

  • PENGERUSI  HJ MOHD TAUFIQ BIN RAZALI
  • SETIAUSAHA  MUHD AMIN BIN OSMAN
  • BENDAHARI  HJ SENIN BIN PUTIH
  • AJK  HJ MUHID BIN MD NOH 
               HJ SAMSUDDIN BIN MAMAT
               HJ HOOD BIN PAIMIN 
               HJ ZAINUDIN BIN UDA MD YAID
               HJ AZIZAN BIN AHMAD
               MOHD YUSUF BIN NIDIOR
               MUSTAFA MUIN BIN YAHYA
               AMIR BIN SURIN
               SHAHADAN BIN JANTAN
               MUHD YAZID BIN SULAIMAN
  • WAKIL PEMUDA  MUHD REZAHUDDEN BIN IDRIS
  • WAKIL WANITA  HJH KHATIJAH BT HASSAN
                              HJH SANIAH BT ARSHAD
                              PN. KHALIJAH BT ISMAIL 
  • PEMERIKSA KIRA-KIRA  RAZAK BIN DAUD
                                     ZAMARI BIN KADARI
  • IMAM  HJ MD LAJIS BIN AHMAD
                 HJ KAMARUDDIN BIN AWANG
                 HJ ANAS BIN ADNAN
  • BILAL  MD FAUZI BIN MAN
                  HJ JAABAR BIN ALIAS