Sunday 31 July 2011

PERANAN KEPADA MASYARAKAT

Surau adalah tempat untuk orang menunaikan ibadah wajib serta menjalankan program-program berbentuk kerohanian. Begitu juga peranan Surau al-ittihad yang menjadi  pusat ibadah bagi semua umat islam khususnya bagi penduduk Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ia juga dijadikan sebagai tempat pengajian ilmu-ilmu agama bagi penduduk sekitar terutamanya. Dengan adanya surau ini, membolehkan umat islam menyambut perayaan-perayaan yang berkaitan dengan islam. Contohnya seperti mengadakan rumah terbuka untuk semua penduduk Bandar Baru Bangi. Dengan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin antara jiran tetangga dan menarik minat golongan muda untuk mendekatkan diri dengan rumah ibadah.

Selain itu, surau al-ittihad berperanan sebagai pusat penyebaran dakwah. Menyebarkan kebaikan dan mengajak melakukan kebaikan serta meninggalkan segala larangan-Nya. Amar maaruf nahi mungkar. Kadang-kadang ia juga dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan mesyuarat ataupun perjumpaan yang berkaitan dengan agama dan aktiviti surau.

Kesimpulannya, segala aktiviti-aktiviti atau program-program yang berkaitan dengan agama islam serta yang membawa kebaikan, faedah, dan manfaat didalam kehidupan dan agama kita, boleh dilakukan di surau selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran islam.

PENUBUHAN

Surau Al-Ittihad telah ditubuhkan pada tarikh 18 jun 2005 bersamaan 11 Jamadil Awal 1426. Alhamdulillah surau ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Zaidi Bin Hj. Mohd Zain. Beliau merupakan penasihat surau Al-Ittihad dan ahli majlis perbandaran kajang (MPPJ). Dato' Mohd Zaidi juga adalah seorang peguam syariah.